Taken directly from their Website on this event:
Persatuan Momogun Malaysia (MSM) iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan yang berperanan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan orang Sabah di Semenanjung Malaysia akan menganjurkan satu program Makan Malam Amal seperti maklumat berikut:-
Program : Majlis Makan Malam MSM Sempena Hari Malaysia 2008
Tarikh : 13hb September 2008 (Sabtu)
Masa : 6:30 petang – 11:30 malam
Tempat : Berjaya Golf Club Resort Berhad, Bukit Jalil.
Tema : Smart Casual
Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Kebajikan Sosial MSM. Selain daripada itu, program ini juga merupakan landasan bagi semua lapisan masyarakat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia mewujudkan rangkaian perhubungan ketika berada jauh daripada keluarga di Sabah khususnya dikalangan pelajar-pelajar IPTA/IPTS, golongan belia muda bekerja, golongan keluarga yang berpendapatan rendah serta usahawan Sabah.
Sebagai organisasi yang baru bertapak di Lembah Klang, satu Pelancaran Mini (Soft launch) MSM akan diadakan dalam program tersebut. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat terpencil Sabah tentang kewujudan Persatuan ini. Majlis akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden pertama Persatuan Momogun Malaysia iaitu YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok.
Pelbagai acara menarik telah disusun khas bagi memeriahkan lagi suasana program Makan Malam MSM Sempena Hari Malaysia 2008. Beberapa artis Sabah yang peka terhadap keperluaan masyarakat Sabah turut memberi sumbangan dengan menghiburkan semua jemputan pada malam itu. Ini termasuklah Infinatez (Gangstarz) dan Rydee (Malaysian Idol).
Link to their official website
Here’s a short video I edited since I have trouble sleeping as usual..

I get my fuel from my music. Help me replace my guitar strings. Click the guitar.Popularity: 3% [?]
Enjoyed this post? Subscribe to my RSS feed!